Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 9, 2013

kembara SPH di bumi kenyalang [Sarawak]


Assalmualaikum WBT. Nmpknya dah lama SPH masuk ke laman yang lama ditinggalkan ini. Al maklum lah sibuk dengan macam-macam benda yang perlu diselesaikan. Apa yang pasti semuanya sudah terjawab apabila SPH telah ditempatkan di bumi kenyalang selaku seorang guru di sebuah sekolah di pedalaman. Pada awalnya SPH mula merasakan KPM sememangnya sangat kejam dengan memberi SPH tugasan yang berat di kawasan pedalaman iaitu bahagian Kapit @ di semenanjung dipanggil daerah. Pada awalnya sampai Kapit sememangnya amat berat hati ingin meninggalkan semenanjung dan juga keluarga tercinta. Anak mak mana biasa jauh sangat-sangat dari maknya. Panggilan untuk bertugas di bumi kenyalang sudah diaturkan tuhan dan dengan hati yang gundah gulana teruslah menguatkan tekad menguatkan langkah  maju kehadapan menyahut cabaran. Sememangnya kawasan Kapit sangat dikenali oleh orang Sarawak tempat paling jauh untuk didatangi dan paling hulu di Batang Rajang. SPH yang mulanya berkumpul di hotel Pearl Oriental jalan Klang Lama sememang nya berat untuk hadir ke situ . Tapi akhirnya jalan yang Allah swt pilih untuk hamba nya sememang untuk menguji kesabaran. Terima dengan redhanya. Apabila melihat catatan perjalanan di google tentang Miri SPH mula teringat semula pada blognya yang sdh lama ditinggalkan dan ingin aktif semula menulis pengalaman berharga yang tidak mampu dijual beli. Sebenar pada pagi 10 Feb SPH sudah menjejakkan kaki di bumi Miri bersama dua orang sahabat menaiki kereta dari Bintulu ke Miri mengambil masa 3 jam.Setelah lama mencari hotel yang sesuai SPH dan sahabat akhirnya memilih King Hua Inn. semalam rm 70

 Sebenar banyak perkara yang SPH ingin kongsi tetapi pada post akan datang tentang cabaran dan dugaan berada di bumi orang iaitu Sarawak. 

Monday, August 15, 2011


Salam Ramadan...syukur kehadrat Ilahi kerana kita dipertemukan dengan bulan yang mulia ini... Kehadiran bulan ini membolehkan semua umat manusia memperbanyakkan amal ibadah dan yang seronoknya pada hari ke 16 ini 14 hari untuk menuju hari raya aidil fitri tahun 2011. Malam-malam SPH telah diisi dengan pergi mengerjakan solat sunat terawih di kampung halaman tercinta. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya SPH berada di bumi Tanjung Malim dalam proses untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah. Akhirnya dengan izinNya SPH telah mendapatkan ijazah tersebut pada 29.07.2011. Pelbagai pahit manis bergelar seorang mahasiswa di UPSI telah menjadi suatu kenangan abadi hingga ke akhir hayat mampu diingati dan bukan untuk diulang kembali. SPH telah menjadi Ijazah pertama ini satu dorongan yang kuat untuk terus maju ke hadapan dan terus kepada Ijazah Sarjana pula insyaallah kelak. Cita- cita yang amat murni itu perlu disimpan seketika untuk memberi laluan kepada bidang pekerjaan sebagai seorang. Borang guru sandaran terlatih masih terus dinanti hari demi hari dan mungkin akan keluar pada bulan 9 ini insyaallah. SPH akan melakukan sebaik mungkin untuk masa hadapan kerana pada saat praktikal menjadi seorang guru di SMKTAD Seremban, SPH berasa tugas yang diamanahkan itu amat bersesuaian dengan jiwa SPH dan perlu diteruskan untuk mencapai tahap tertinggi dalam bidang pendidikan mungkin sampai ke tahap DG52..amin. Dalam menunggu borang untuk dipostingkan keluar, SPH telah mengisi jawatan pemandu berijazah bagi keluarga SPH dan agak penat sebenarnya menjadi seorang pemandu... Dari destinasi ke destinasi pilihan di harungi dengan jayanya mengajar erti penat , kesabaran dalam memandu sebuah kenderaan menyedarkan SPH semua kerja di dalam dunia ini mempunyai cabaran yang tersendiri. Akal yang diberikan oleh tuhan perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi cabaran yang mendatang .

Monday, December 13, 2010











Kelab Kereta Lama mengganas di Dataran Nilai.. 12/12/2010.
Pelbagai pengalaman menarik sepanjang perjumpaan telah berlangsung di Dataran Nilai dan kawasan sekitarnya. Perjumpaaan ini telah dihadiri oleh dua kelab iaitu KKL dan OS. Sebenarnya ini adalah satu aktiviti sihat bertukar-tukar idea tentang kereta retro masing-masing dan mengerat ikatan silaturrahim antara kedua-dua ahli kelab. Aktiviti berkumpul yang bermula pada pukul 3 petang telah berlangsung di Dataran Nilai. Konvoi yang datang dari R&R Serdang telah tersekat seketika kerana salah seorang ahli konvoi keretanya mengalami masalah teknikal yang akhirnya boleh dibaiki. Perjumpaan diakhiri dengan aktiviti TT dan sesi bergambar antara ahli KKL dan OS [Drift di Dataran Nilai 1 termasuk dalam aktiviti sampingan]

Thursday, November 11, 2010

gelisah + risau


Tiba-tiba SPH ingin menulis satu perkara yang agak unik bagi dua ekor anak kucing jantan dan betina yang sangat-sangat unik. Apabila salah seekor anak kucing ini hilang[selalunya yang jantan] yang betina akan gelisah tidak tentu hala kerana merisaukan pasangannya yang hilang itu. Mulalah anak kucing tersebut mengeluarkan bunyi bising tanda kehilangan dan datang dekat dengan tuannya untuk menyuruh mencari pasangannya. perkara ini amat menyentuh hati SPH kerana seekor kucing tahu akan erti kehilangan dan kesunyian. Bagi kita seorang manusia peristiwa ini memberi erti yang sagat mendalam kerana SPH sendiri amat tersentuh dengan apa yang terjadi pada diri SPH sendiri. Akibat dari satu salah faham kecil sehingga kini masih tiada berita dari orang yang terlibat dalam perbalahan bersama SPH. Adakah SPH bersama-sama individu tersebut sangat ego sehinggakan tidak mampu mengalah. Sebenarnya SPH tidaklah ego melangit. Jangan ego tersebut dicabar dan diungkit hingga menyebabkan SPH membuat keputusan di luar jangkaan

Sunday, October 10, 2010

jangan tak baca haaa..........


Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

sejarah dan perspektif dari satu ruang


PENGAJARAN SEJARAH SECARA MODEN: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ‘INQUIRY’

Isi kandungan jurnal

Jurnal ini membincangkan tentang kaedah pengajaran melalui pengajaran dan pembelajaran berbentuk ’inquiry’. Dari istilahnya kita sendiri sudah maklum tentang perasaan ingin tahu yang perlu dibangkitkan guru. Pengajaran sejarah moden kini perlu berkaitan dengan kehidupan dan lebih bermakna jika kita dapat menyelesai masalah seharian. Sebagai seorang guru sejarah kita perlu bersedia memberikan pelajar – pelajar pengetahuan , kebolehan, kemahiran dan sikap. Pengajaran sejarah ini perlukan pendekatan yang disusuli dengan keperluan semasa agar pembelajaran yang diterima pelajar lebih berkesan. Keperluan masyarakat dan keperluan pengajaran perlu dipenuhi demi memastikan pelajar mendapat manfaatnya dari pengajaran yang guru lakukan. Kebolehan dan kemahiran untuk zaman kehidupan moden bincangkan dalam jurnal ini termasuk kebolehan dan kemahiran yang berkait dengan pengajaran sejarah turut disertakan. Jurnal ini sangat baik untuk guru dalam meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran. Pendekatan-pendekatan yang digunakan dapat membantu guru mendekati pelajar. Pembelajaran ’inquiry’ ini sangat menarik untuk digunakan dan ada kena-mengenanya dengan pembelajaran expository. Penekanan sesuatu isi pelajaran sebagai satu matlamatnya berbanding pembelajaran ’inquiry’ menggalakkan pelajar mencari dan menentukan satu maslah yang dikaji dan memberi idea mengenai penyelesaian masalah tersebut. Dalam dua pendekatan ini guru perlu bijak memainkan peranan demi menarik pelajar untuk minat belajar dan terus berusaha ke arah kejayaan.

Kejelasan jurnal.

Jurnal ini telah menerangkan tentang pengajaran dan pembelajaran ’inquiry’ secar jelasnya. Penerangan yang yang dibuat oleh penulis agak teratur dengan dimulakan dengan kebolehan dan kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang guru. Jurnal menyediakan kebolehan untuk menghadapi zaman moden dan perkara yang berkait dengan pengajaran sejarah. Cabaran zaman moden yang yang dihadapi guru-guru kini lebih agresif. Ledakan dunia pengetahuan boleh didapati dengan mudah dan ini ditambahkan dengan propaganda dan prasangka yang banyak mengelirukan manusia zaman moden ini. Dalam jurnal ini juga realiti pengajaran Sejarah matapelajaran yang membosankan perlu diubah. Guru perlu menggalakkan pelajar berfikiran kritis dan mula menyukai matapelajaran Sejarah yang ada pelbagai perkara berguna di dalamnya. Penjelasan pendek mengenai pengajaran Inquiry sememang padat dan berpusatkan pelajar . Istilah Inggeris yang digunakan itu diterangkan dengan jelas. Guru perlu membantu memilih bahan-bahan pengajaran dan menambah pengetahuan agar pengajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Bukan setakat pengajaran ’inquiry’ tetapi pengajaran berdasarkan ’expository’ diterangkan . Jurnal ini memberi panduan kepada guru tentang strategi yang perlu dijalankan untuk menggunakan ’inquiry’ mahupun ’expository’. Kepelbagaian strategi yang ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan kefahaman akan dibina dengan mudah. Panduan ini berguna kerana guru boleh menambah idea baru dalam strategi ini dan dapat menarik minat pelajar secara keseluruhannya. Walaupun pengajaran yang memerlukan penglibatan pelajar perlu cara yang sesuai dan ada rintangannya tetapi jurnal ini memberi semangat untuk menggunakannya .

Bersifat analitikal

Jurnal ini sememangnya analitikal. Berfikir secara analitikal adalah suatu kemahiran memberi analisis terhadap kenyataan, pemikiran, tulisan, laporan dan sebab-akibat berlakunya sesuatu. Bila berlaku sesuatu kejadian, kisah dan peristiwa, krisis dan malapetaka, kejayaan dan kecemerlangan, ia menuntut adanya analisis. Pengunaan pendekatan pelajaran yang dicadangkan memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi bagi seorang guru. Ini dilihat daripada perkara yang perlu dinilai setiap kali melakukan aktiviti pengajaran dan analisis tentang kefahaman pelajar di akhir setiap sesi pengajaran Setiap strategi yang dijalankan memerlukan cara yang teratur dan berjalan lancar menarik perhatian pelajar. Perancangan perlu dijalankan dengan teliti untuk menimbulkan pemahaman pelajar. Penyoalan di akhir sesi pengajaran penting untuk memastikan kefahaman betul-betul tepat. Kekuatan teknik ini dengan menyediakan pelajar itu sendiri menyelongkar isi pelajaran dan pemahaman akan menjadi lagi jelas.

Kebolehpercayaan jurnal

Melihat dari dalam jurnal guru-guru boleh menggunakan apa yang terkandung di dalam jurnal ini sebagai satu panduan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan ’inquiry’ yang sama ertinya dengan menanyakan, meminta keterangan dan tepatnya menyelidik. Penerangan jelas dilihat dari apakah ’inquiry’ itu dan peranan plajar yang mnecari sendiri pengetahuan sambil dipantau oleh guru dalam menjadi arkitek mendapat ilmu pengetahuan. Pengajaran dan pembelajaran ini adalah satu kaedah baru bukannya seperti zaman tradisional dahulu iaitu berdasarkan syarahan guru semata-mata. Contoh susunan strategi pengajaran ’Inquiry’ membolehkan guru menjana idea-idea yang mantap dalam melaksanakan pengajaran. Penggunaan bahan sebenar seperti jadual atau gambarajah yang dicari sendiri pelajar memberi kesan untuk mengetahui isi pelajaran yng disampaikan guru sepenuhnya. Antara contohnya ialah dalam tajuk perusahaan getah di Malaysia,pelajar-pelajar mencari sendiri bahan yang berkaitan dengan getah. Guru memberi panduan dan pelajar sendiri mencari penyelesaian atas perkara yang dikemukakan atas bantuan bahan yang dicari.

Kelemahan

Jurnal ini perlu memotivasikan para guru sejarah agar sentiasa menggunakan pengajaran dan pembelajaran gaya ini. Mempraktikkan pengajaran ’Inquiry’ ini perlu demi meransang minda pelajar ke arah pendidikan berterusan ke tahap tertinggi. Sikap guru yang malas perlu ditegur agar pembaharuan dalam cara mengajar berlaku seiring dengan kemajuan teknologi di dunia ini. Banyak kelebihan menggunkan teknik pengajaran yang terdapat dalam jurnal ini. Dalam jurnal ini juga hanya ada dua buku sahaja sebagai bibliografi dan ini adalah kelemahan yang sangat jelas. Buku ini sebenarnya jika jumlahnya ditambah di dalam bibliografi menarik minat pembaca mengetahui lebih lanjut mengenai pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ransangan melalui jurnal ini telah dimulakan.

Kesimpulan

Dalam meneliti jurnal ini pelbagai perkara dapat disimpulkan iaitu mengenai pengajaran yang perlu satu cara yang menarik demi kefahaman para pelajar. Guru wajib mencari idea baru yang bernas dan kreatif dalam melakukan pengajaran di dalam kelas. Strategi yang digunakan perlu diperhatikan hasilnya. Pembelajaran yang berpusatkan pelajar ataupun guru masing-masing ada kekuatan tersendiri.Bagi seorang guru kepelbagaian cara pengajaran mengikut cara masing-masing sebenarnya mempunyai satu tujuan iaitu pengajaran itu berkesan atau pun tidak.

Thursday, March 11, 2010


Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah

-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.

-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN

-I. Salanter Lipkin-

Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.

-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA

-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil

-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya

-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah

-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain

-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya